PRK UIAM & Peratusan Turun Mengundi Yang Rendah: Suatu Pemerhatian

Oleh: Zaidi Zainuddin

Pilihanraya Kampus (PRK) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baru sahaja melabuhkan tirai. Tahniah kepada yang bertanding baik menang mahupun tewas kerana berani untuk berpartisipasi dalam pilihan raya,

Universiti meletakkan sasaran 80% turun mengundi, Kulliyyah Ekonomi meletakkan sasaran 85%. Walaupun sasaran tidak tercapai, tahniah kepada semua yang berusaha untuk mengajak pelajar untuk membuat pilihan.

Berdasarkan pemerhatian dan perbualan dengan rakan-rakan, berikut adalah antara sebab mengapa pelajar tidak turun mengundi.

  1. Tidak mengundi kerana bidang kuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang tidak jelas

Dalam mana-mana pemilihan ketua, perkara pertama yang harus difokuskan ialah bagaimana ketua tersebut dapat menyelesaikan masalah utama. Semasa kita di sekolah, kita akan memilih ketua kelas yang rajin dan bertanggungjawab kerana masalah yang dihadapi ialah untuk memastikan komunikasi dengan guru-guru berjalan lancar. Ketua ini kelas ini mestilah seorang yang boleh dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas tersebut. Bagi Pilihan Raya Umum (PRU) atau mana-mana pilihan raya pemimpin, manifesto akan dimulakan dengan penyelesaian masalah-masalah utama. Sebagai contoh, Senator Bernie Sanders menjanjikan penjagaan kesihatan percuma kerana ketiadaan kemudahan ini di Amerika Syarikat. YB Jeremy Corbyn, pemimpin Parti Buruh di United Kingdom pula meletakkan pengawaman semula sistem keretapi sebagai manifesto parti beliau oleh kerana aduan-aduan tentang jadual keretapi yang ditangguhkan serta tidak menepati masa oleh rakyat kerana dasar penswastaan oleh kerajaan UK.

Masalah utama di UIAM adalah berkenaan kemudahan (facilities). Kemudahan ini termasuklah wi-fi, tempat letak kereta, keselesaan bilik, kelas dan tandas dan lalu lintas. MPP tidak dapat menjanjikan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini kerana tidak mempunyai bidang kuasa sepenuhnya ke atas perkara-perkara ini. Oleh itu, untuk apa mengundi kalau masalah utama tidak dapat diselesaikan? Sama sahaja jika sesiapa pun menang?

Tapi sebenarnya, adakah pelajar UIAM serba tahu bidang kuasa MPP? Dan, adakah pula bidang kuasa yang diberikan kepada MPP tetapi tidak pula dilaksanakan?

  1. Tidak mengundi kerana pusat mengundi yang sedikit dan proses yang melecehkan

Pelajar di Kulliyyah Ekonomi hampir mencecah 2000 orang. Pusat mengundi yang dibuka hanyalah satu. Bagaimanakah pelajar ingin mengundi?

Proses ini sangatlah melecehkan dan dapat diubah sebenarnya.

(i) Semakan daftar pengundi hanya dapat dilakukan pada hari pengundian

Bukankah lebih baik jika pengundi dapat menyemak tempat mengundi, nombor urutan sebelum hari pengundian berbanding menyemak semuanya pada hari pengundian? Proses penyemakan daftar undi pada hari kejadian hanya melambatkan proses pengundian walhal pelajar boleh sahaja menunjukkan nombor urutan mereka, atau lebih baik, salinan slip undi tanpa perlu beratur hanya untuk menyemak.

(ii) Pelajar mempunyai masa terhad untuk mengundi

Tidakkah kita hairan mengapa di kebanyakan negara, hari mengundi ialah cuti umum? Bahkan di negara yang hari mengundi tidak diberi cuti umum seperti Amerika Syarikat, pemimpin mereka memperjuangkan untuk diadakan cuti umum. Akan tetapi, hal ini tidaklah bermakna UIAM perlu memberikan cuti umum ketika PRK. Cukuplah seperti semua kelas pada hari PRK diberhentikan awal 10 minit atau dimulakan lewat 10 minit untuk memberi ruang kepada pelajar mengundi. (Cukuplah kiranya hari berkenaan menjadi hari yang mesra pengundi).

(iii) Kewujudan pusat mengundi yang terlalu sedikit

Bagaimana mungkin satu pusat mengundi dapat melancarkan proses pengundian untuk semua pelajar? Pusat pengundian seharusnya ditambah dan dibahagikan mengikut tahun belajar atau jurusan yang diambil untuk kelancaran proses. Hal ini dapat mengurangkan barisan yang terlalu panjang pada hari pengundian.

  1. Tidak mengundi kerana tiada calon pilihan

Bagi pelajar yang tiada masalah dengan item (1) dan (2) di atas, mengapa pelajar tidak mengundi adalah kerana tiada calon yang mereka rasa boleh mewakili mereka atau dapat menggalas tugas sebagai MPP sebaiknya. Berbekalkan manifesto yang tidak realisitk dan tidak boleh ditentukan pencapaian di samping kurangnya ciri-ciri kepimpinan, pelajar menjauhkan diri dari mengundi. Di samping itu, rasa skeptikal terhidap kebebasan dan ketelusan calon-calon dalam melaksanakan keputusan kelak sedikit sebanyak membuatkan pelajar tidak percaya dengan calon-calon yang bertanding.

Segala yang disenaraikan mungkin ada benarnya dan mungkin juga tersilap. Saya juga menyedari kekangan-kekangan yang ada untuk penambahbaikan proses dan hakikatnya, perkara-perkara tersebut tidaklah semudah yang disangka untuk diubah. Hanya dengan menyediakan suasana dan proses yang kondusif terlebih dahulu, baru kita boleh berbicara tentang peningkatan peratusan undi.

Semoga Allah s.w.t. mengampuni kita semua.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: