Konsumerisme dan Materialisme: Penjajahan Alaf Baru

Park Hae Jin, seorang artis tangkap leleh dari Korea Selatan merupakan pengumpul tegar kasut Nike. Beliau dikhabarkan mempunyai lebih daripada 1800 koleksi kasut Nike pada suatu masa. Imelda Marcos, bekas First Lady Filipina pula mempunyak koleksi kasut yang banyak iaitu sekitar 1200 pasang kasut dan sebahagian kasutnya itu kini berada di Muzium Kasut di Marikina.

 

Airmax_HaeJinPark_18_native_1600

Imelda Marcos 2

Ramai remaja (yang masih bergantung duit dengan mak bapak) ataupun yang masih belum bekerja secara tetap juga terlibat dalam gejala mengumpul koleksi-koleksi barang jenama mahal walaupun kualitinya biasa-biasa sahaja. Menghabiskan beratus, ribu ringgit dalam satu bulan itu normal. Ditambah pula kini dunia menggalakkan kita berhutang untuk kekal hidup dalam keadaan yang selesa dengan terdapatnya pinjaman-pinjaman yang ditawarkan seperti pinjaman kenderaan, rumah, peribadi dan kad kredit.

Inilah yang kita namakan sebagai perbelanjaan yang berbentuk lahiriah/mudah dilihat (conspicuous consumption). Keadaan ini berlaku apabila kita membeli/mengumpul barang yang bukan dalam keperluan kita tetapi sebenarnya untuk menunjukkan kekayaan atau menunjukkan status kita dalam masyarakat.

Persoalan yang harus kita fikirkan dan renungkan adalah:

  1. Dimanakah datangnya tabiat membeli dan mengumpul barang-barangan seperti ini?
  2. Adakah permintaan yang wujud masa kini datangnya daripada keperluan atau kehendak kita yang bersifat articial (sengaja diada-adakan)?

Sebelum menjawab dua persoalan di atas, kita harus memahami dahulu dua konsep yang penting iaitu;

  1. Konsumerisme
  2. Materialisme

1) Konsumerisme (Consumerism)

Apa sahaja perkataan yang dikaitkan dengan ism/isme membawa maksud ideologi ataupun pemikiran. Ini bermakna konsumerisme bererti apa sahaja ideologi/pemikiran yang berkait rapat dengan pengguna (konsumer). Terdapat banyak definisi konsumerisme, bergantung kepada persepsi anda untuk mentafsirnya, asalkan ianya melibatkan cara fikir pengguna (consumer) menanggapi barang yang mahu digunakan, lebih-lebih lagi jika barang itu melalui proses jual-beli.

Dua definisi yang dominan adalah;

  1. Ideologi tentang bagaimana pengguna menggunakan barang-barangan bukan keperluan secara berlebih-lebihan dan membazir
  2. Ideologi tentang bagaimana mahu melindungi hak pengguna daripada ditindas pengeluar dan penjual

 

Dalam penulisan ini, konsumerisme yang dimaksudkan adalah bagi definisi yang pertama.

Apakah bezanya konsumerisme dengan materialisme pula?

2) Materalisme (materialism)

Pemikiran/ideologi tentang material atau kebendaan.

Definisi yang dominan tentang material adalah sifat manusia yang terlalu mementingkan aspek material, berbanding aspek lain seperti spiritual. Materialisme bermaksud anda lebih mementingkan aspek yang mudah dirasai oleh lima pancaindera anda -mata, lidah, telinga, tangan dan. Sifat lahiriah lebih utama berbanding yang bukan lahiriah. Anda lebih menghargai barang-barang berbanding perasaan anda yang tidak nampak.

Jadi, konsumerisme bukanlah bersamaan dengan materialisme tetapi mempunyai keterkaitan yang sangat rapat antara keduanya.

Materialisme + konsumerisme = anda mengutamakan pembelian material/barang² secara berlebih-lebihan dan membazir.

1

Apabila kita memahami dua konsep ini, maka kita dapat mengertikan conspicuous consumption kepada percampuran antara materialisme dan konsumerisme.

Seterusnya, di mana datangnya tabiat membeli dan mengumpul barang-barangan seperti ini dan adakah permintaan yang wujud masa kini datangnya daripada keperluan atau kehendak kita yang bersifat articial (sengaja diada-adakan)?

Menurut contoh kes Park Hae Jin dan Imelda Marcos, kedua-duanya pernah menempuhi hidup yang sukar pada suatu masa dahulu. Park Hae Jin lahir daripada keluarga yang susah dan tidak mampu untuk membeli kasut Nike pada zaman remajanya. Manakala, Imelda Marcos pun pernah mengalami keadaan di mana beliau tidak mempunyai kasut untuk dipakai pada zaman peperangan. Jadi, kedua-dua mereka, apabila mereka mempunyai ruang dan peluang, menjadi sangat obses untuk mengumpul kasut dan barang-barang lain.

Selain daripada mereka yang hidup susah dan menyimpan hasrat untuk ‘membalas dendam’ apabila menjadi kaya ini, terdapat suatu lagi faktor yang menyumbang kepada trend mengumpul barang-barang berbentuk material ini.

Faktor tersebut adalah pengiklanan (advertisement).

Pengiklanan (Advertisement)

Saban hari, di radio, tv dan media sosial penuh dengan iklan-iklan yang membuatkan kita tidak merasa cukup dengan apa yang kita ada. Ditambah pula dengan permainan psikologi oleh pasaraya-pasaraya besar yang menawarkan pelbagai diskaun, walhal sebenarnya semua tu tipu helah sahaja supaya nampak harga barang itu murah dan kita pun beli walaupun kita tidak perlu. Ditambah pula dengan pengiklanan yang tipu (false advertising) menunjukkan bahawa kulit akan cerah dalam masa seminggu ataupun burger hitam dari Korea yang sangat rare dan sedap. Hal ini juga kita panggilnya sebagai keinginan atau kehendak yang sengaja diada-adakan bagi mengekalkan permintaan (demand) dalam masyarakat.

n5xmh

Antara hasilnya? Penuhlah cawan pinggan mangkuk kuali sudip di rumah hasil daripada pengiklanan sebegini. Penuhlah beratus, ribu pakaian di dalam almari kita. Kebanyakannya dibiar berdebu saban tahun, hanya dipakai beberapa kali sahaja seumur hidup.

Untuk mengelakkan kita daripada terjebak dalam gejala ketagihan conspicuous consumption ini, jawapan yizlumiknya adalah pentingnya proses mengenal diri kita sendiri dalam dunia yang penuh penipuan ini.

Kita selalu dengar frasa “mengenal diri bermakna kita mengenal Tuhan”. Frasa ini merupakan suatu frasa yang membawa makna yang mendalam dan mempunyai kebenaran di sebalik beberapa baris perkataan di dalam ayat tersebut.

Kenal diri bermakna kita mengenal manfaat serta mudarat sesuatu kepada diri kita sendiri.

Kenal diri juga bermakna kita kenal dan boleh membeza-beza antara keperluan dan kehendak.

Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), kira-kira 22,581 belia berumur di antara 21 hingga 35 tahun diisytiharkan muflis sepanjang tahun 2012 sehingga 2016. Manakala, secara keseluruhannya pula sebanyak 97,215 kes. Ini bermakna 66 orang diisytihar muflis setiap hari. Semua kes ini berlaku sebab semuanya terlibat dengan budaya peminjaman yang melampau-lampau dan kehidupan yang extravagance, tak kenal diri dan tak tahu tempat letak diri. Zaman precariat di mana kerja pun ada tak ada ni, gaji tak menentu, eloklah kita berbelanja sekadar cuma.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: