Konsep Prinsip Pareto, Jurang Pendapatan dan Perkaitan dengan Sistem Kapitalis

Oleh: Wan Omar Fadhli b Wan Mahmud Khairi (pelajar ekonomi yang bergraduasi pada tahun lepas)


Antara penemuan menarik dalam kajian dunia ekonomi adalah melalui penemuan seorang ahli ekonomi bernama Vilfredo  Pareto. Ahli ekonomi dari Itali yang hidup pada sekitar awal abad ke-19 ini telah mencipta satu teori yang meluas digunakan dalam ekonomi bernama konsep Prinsip Pareto.

Prinsip Pareto atau juga dipanggil model ‘80/20 rule’ dinamakan sempena nama beliau sendiri. Kisah model ‘80/20 rule’ adalah amat menarik untuk difahami tentang bagaiman ia kini menjadi satu konsep yang absah dalam konsep ekonomi moden.

Pada suati hari, ahli ekonomi  ini yang juga merupakan bekas jurutera berjalan di kebun halaman rumahnya. Seketika kemudian, beliau memerhatikan  pokok kacang pea di halamannya, dan berasa tertarik dengan apa yang dilihatnya. Beliau memerhatikan bahawa, daripada kebanyakan kacang pea yang beliau ada, hanya dalam 20% kacang pea itu yang menghasilkan sebilangan besar biji kacang pea yang menjadi pokok kacang pea di halamannya (membentuk 80% daripada pokok-pokok tersebut) berbanding dengan yang selebihnya. Dengan kata lain, 80% biji kacang pea yang membentuk pokok-pokok di halamannya ialah hasil daripada bilangan peratusan kecil sebanyak 20% kacang pea sahaja. Hal ini membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri beliau berkenaan dengan situasi ini.

Lantas, dengan konsep idea daripada pemerhatian ringkas kacang pea tersebut, beliau cuba meluaskan kajian ke peringkat yang lain. Kali ini adalah dengan melihat peratusan tanah yang dimiliki oleh setiap individu di Itali. Hasil penemuannya adalah unik. Beliau menemukan bahawa adalah sebanyak 80% tanah di Itali ini ialah kepunyaan 20% individu – penemuan yang hampir sama dengan kacang pea sebelum ini. Idea ini terus dikembangkan oleh beliau dalam bentuk kajian-kajian yang lain seperti kajian peratusan pendapatan di Great Britain. Sekali lagi, penemuannya hampir selari dengan idea tersebut iaitu sebanyak 30% penduduk Great Britain ini sahaja sudah pun menyumbang sebanyak 70% jumlah pendapatan di negara tersebut. Mengapakah hal ini berlaku? Bagaimanakah satu kumpulan minoriti menjadi punca kepada hasil yang berjumlah majoriti? Kesahihan teori ini bahkan bukan sahaja terhenti  di sini. Hampir 150 tahun kemudian, pada tahun 1992, UNDP menjalankan kajian menengenai distribusi pendapatan di dunia bagi data tahun 1989. Hasilnya, laporan daripada badan ini mendapati bahawa 20% (richest 20%) penduduk di dunia menyumbang sebanyak 82.7%  daripada jumlah pendapatan dunia. Jelas kelihatan, dapatan daripada UNDP ini seolah mengesahkan lagi teori Prinsip Pareto ataupun ‘80/20 rule’ di samping pengesahan ‘income inequality’ yang parah di dunia.

Apakah bukti dapatan situasi yang lain? Satu kajian telah dijalan terhadap Pasukan Bola Keranjang Kebangsaan 2015-2016 dan kajian mendapati bahwa 20% daripada kumpulan pasukan telah memenangi 75.3% jumlah kejohanan. Bahkan dua daripada kumpulan tersebut sahaja sudah pun menyumbang hampir 50% kemenangan. Bagi Kejohanan Bola Sepak Dunia FIFA hanya 3 negara sahaja (Brazil, Jerman dan Itali) sudah pun berhasil memenangi 12 daripada 22 piala kejohanan. Kedua-dua situasi ini pada masa yang sama mengukuhkan lagi teori tersebut namun juga menghasilkan tanda tanya dalam kalangan pengkaji iaitu mengapakah sejumlah minoriti akhirnya menyumbang kepada kesan majoriti? Apakah puncanya?

Para pengkaji menggariskan beberapa factor yang menjadi timbulnya hal ini dan antaranya ialah konsep, ‘Winner-Take-All Effects’. Konsep ini mengetengahkan bahawa  mereka yang telah berdaya saing pada permulaan, bakal mempunyai keupayaan yang lebih untuk lebih berdaya saing pada masa selanjutnya.  Dengan kata lain, kumpulan yang sudah pun mempunyai kelebihan pada awal pusingan, ia mempunyai potensi yang lebih cerah untuk terus maju pada pusingan yang seterusnya, lantas menyumbang kepada peratusan jumlah dapatan hasil yang lebih tinggi. Hal ini kerana, individu/kumpulan yang sudah mempunyai kelebihan pada permulaannya lama-kelamaan makin mendapatkan lebih manfaat, sumber (resources), pengalaman dan kemahiran untuk menjadi lebih kompetitif pada masa seterusnya. Manfaat yang dikumpulkan ini dinamakan ‘accummulative advantage’. Ibarat pokok pea tadi, tumbuhan yang mampu sihat dan gagah pada permulaan, bakal tumbuh dengan kuat, kemudian bakal membolot kebanyakan cahaya matahari, nutrien tanah dan air, serta akhirnya bakal mengeluarkan biji kacang pea yang sihat, hasil ‘accumulative advantage’ yang ia peroleh. Maka, yang tidak berdaya pada permulaan akan semakin lemah dan akhirnya mati.

Dapatan daripada konsep ini adalah penting untuk para pengkritik sistem ekonomi kapitalis. Sistem kapitalis berasaskan ‘free market’ terutama daripada ahli ekonomi moden sedaya upaya cuba meyakinkan bahawa konsep kapitalis berhasil membawa kesenangan (welfare) kepada keseluruhan masyarakat melalui model pasaran bebas (free markets), ‘trickle-down economics’  dan‘invisible hand’. Hakikatnya, lompong dalam konsep sebegini jelas kelihatan bahkan menghasilkan jurang ekonomi yang semakin parah. Jelas kelihatan, pada masa kini, rekod terkini telah menunjukkan 1% golongan terkaya (richest 1%) sudah pun memiliki hampir sekitar 48% daripada jumlah kekayaan di dunia. Ia adalah rekod yang amat tidak sihat dalam ekonomi yang dibuktikan oleh konsep daripada ahli ekonomi bernama Vilfredo Pareto ini.

Satu penemuan yang menarik hasil pemerhatian daripada pokok kacang pea.

*sebarang komen amatlah dihargai*

Sebahagian rujukan:

1) http://jamesclear.com/the-1-percent-rule

2) https://en.wikipedia.org/wiki/Vilfredo_Pareto

3) https://en.wikipedia.org/wiki/Pareto_principle

4) https://en.wikipedia.org/wiki/Pareto_efficiency

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: