Keusahawanan Sosial Sebagai Penyelesaian Ringkas Terhadap Sistem Kapitalis

Oleh: Wan Omar Fadhli bin Wan Mahmud Khairi

Keusahawanan sosial ialah satu konsep model ekonomi yang kian disebut sebagai kaedah dalam merungkai keserabutan yang dicipta fahaman kapitalis. Fahaman kapitalis berasaskan pasaran bebas (free market) membuahkan kebuntuan kepada para ekonomi modernis yang mendakwa ia seharusnya memberi manfaat kepada masyarakat melalui konsep pasaran supply-demand namun, ternyata realitinya ia tidak menjadi. Konsep ini sebenarnya sebuah konsep prinsip ekonomi yang tidak lengkap yang sebenarnya memberi peluang  untuk mengayakan golongan atasan dan menghimpit golongan bahawan. Akhirnya, golongan bawahan makin lama makin terus tercicir, lantas terjadinya perbezaan pendapatan ‘income inequality’ yang parah. Beberapa usaha telah dilakukan untuk merungkai masalah ini. Antaranya dengan menggunakan sistem asas kapitalis, dibangunkan dengan model usaha perniagaan yang mempunyai matlamat akhir, bukan untuk memaksimakan keuntungan tetapi untuk membawa perubahan positif kepada masyarakat. Namun berbeza dengan badan lain, model keusahawanan ini tidak bergantung kepada derma dan geran, sebaliknya ia menjana pendapatannya sendiri. Contohnya:
»  Grameen Bank: dipelopori oleh Prof Muhamad Yunus. Ia menyediakan kemudahan mikrokredit tanpa kolateral kepada golongan miskin.
»  Selco: Diasaskan oleh Harish Hande. Ia membekalkan cahaya solar kepada 120 000 buah isi rumah di luar bandar negara India.
»  Rangkaian restoran Fifteen: Diasaskan oleh tukang masak selebriti terkenal, Jamie Oliver dari Britain, yang memberi kemahiran percuma kepada remaja terpinggir.

Rujukan:
Ekonomi dalam Era Globalisasi, Aida Idris.
Buku: Membina Bangsa Malaysia
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: