Edu Techno IIUM

Oleh: Syamil Mazlan

Sempena pertandingan Espriex Asean Business Competition 2017 , Edu Techno telah ditubuhkan untuk membawa idea teknologi di dalam pendidikan . Teknologi Pendidikan yang cuba dibina oleh Edu Techno ialah permainan telefon pintar dan komputer .

Finland salah satu negara yang terbaik dalam sistem pendidikan di dunia telah membentuk pasukan yang merangka permainan aplikasi untuk membantu pelajar di negara mereka mendapat pendidikan yang lebih baik dan menghiburkan .

Edu Techno bertekad untuk membantu menaik taraf pendidikan di Malaysia dengan menyediakan pelbagai jenis permainan aplikasi berasaskan Matematik , Sains , Sejarah , Ekonomi , Kemahiran Hidup Bersepadu dan lain-lain .

Nelson Mandela pernah berkata “ Pendidikan merupakan senjata yang ampuh untuk mengubah dunia”

Edu Techno percaya untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih baik , Edu Techno bertekad untuk menyumbang menyediakan permainan aplikasi yang membantu rakyat Malaysia untuk mendapat pendidkan yang lebih baik dan seronok

Edu Techno akan bertanding di pusingan akhir pada 21-23 Mac 2017 di Universiti Briwajaya, Indonesia untuk merebut slot mewakili Asean dalam ESPRIEX World Business Competiton di University Harvad . Edu Techno mahu menggunakan ruang pertandingan untuk mendapat sebanyak mungkin pengalaman di persada antarabangsa untuk memberikan nafas baru di dalam sektor pendidikan Malaysia.

Pertandingan seperti ini memberikan semangat untuk Edu Techno memberikan sebaik mungkin untuk memastikan pasukan ini terus kekal untuk membina aplikasi pendidikan sebagai kerjaya masa hadapan. Dalam perniagaan , Edu Techno percaya untuk menyumbang sebaik mungkin kepada masyarakat melalui produk , pengalaman yang didapati di persada antarabangsa dan idea perubahan untuk membentuk masyarakat yang lebih baik .

Edu Techno percaya , sistem pendidikan kebangsaan dapat dinaik taraf jika semua lapisan masyarkat memainkan fungsi dan peranan masing-masing. Selaras dengan agenda “Gamification” di dalam perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia , Edu Techno ingin menjadi pasukan terawal yang menyahut hasrat murni ini. demi kebaikan negara , bangsa dan agama.

Edu Techno IIUM Pilot Test – Tonton di YouTube

https://skolafund.com/campaign/EduTech/we-wish-to-have-the-chance-to-compete-in-the-asean-business-model-competition-and-eventually-the-international-business-model-competition-this-fund-will-allow-us-to-join-the-competition-and-help-to-improve-the-educational-game-that-we-are-developing – Menyumbang di Skola Fund

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Powered by WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: